Kelas Asas ICT: Microsoft Office Excel (Pengiraan) dan Tayangan Video KDB Sesi II Disember 2019

21 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 disember 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Asas Microsoft Office Excel (Pengiraan) dan Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 2.30 hingga 5.30 petang. Kelas ini telah disertai oleh 9 orang peserta yang berumur antara 17 hingga 19 tahun. Selain itu, peserta juga terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan STPM. Kelas ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:

• Mengenalpasti peralatan asas di dalam Microsoft Excel 2013.
• Mengetahui kegunaan MS Excel untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pai, mengendali pangkalan data dan sebagainya.
• Mempelajari dan memahirkan diri membuat pengiraan menggunakan formula di dalam MS Excel.

Kami dari Pusat Internet Semop berharap agar peserta yang mengikuti kelas seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Tahniah dan selamat maju jaya semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali